Wednesday, January 26, 2011

2006-Khidmat Negara Kem Latihan Cheneh Cemerlang Kemaman,Terengganu

Selamat Datang Ke Kem Latihan Cheneh Cemerlang

2005 baru je meninggalkan aku muncul la plak taon bru 2006 yang bakal aku tempuh sepanjang setahun 2006 ni. pada tahun 2005 aku dh checking nama aku kt web plkn yang menentukan samada aku dpt plkn atau pon tidak, lepas aku msok kan i.c aku je terus terpampang perkataan " Tahniah, anda terpilih utk menyertai kem latihan khidmat negara " aku pon bengang larh pada mse tuh..sbb kwn2 aku yg lain tak dpt aku sorang je yg dpt, so,taon ni aku pon stanby kan la dri ni nk pergi PLKN. Klu x salah aku, pada 11 jan agaknye aku kena pergi kem, pagi2 lagi aku dh bgon stanby nk naik bas pergi terengganu, smpi kt perhentian bas jalan reko kajang je, aku dh blurr dgn xde seorang pon yg aku kenal, aku cari bas kem aku je..smpi kt bas aku naik cri seat aku,dlm bas tu la aku berkenalan dgn kwn2 yg baru. Sepanjang perjalanan dpt la aku menghayati pemandangan indah ke utara. mkn masa 6 jam jugak la sbb byk sgt berhenti kt hentian, rokok plak aku stnaby kt beg baju aku hopefully lepas la drpd kantoi dgn warden kt kem tu. Sampi kem je aku dh fedup tgk kem..dh mcm penjara beb !! turun dari bas je dh dgr suara kasar seorang askar " turun drpd bas letak beg kamu semua kt tmpt yg disediakan kemudian berbaris wat chech up " aku dh risau beb tkot rokok aku kantoi..selain dri tu klu rokok aku kantoi pon aku dh stanby rokok daun yg aku simpan kt dlm plastik nestum hahaha =P . So, kitorang pon beratur la. rokok aku yg kt poket kena rampas..tp selamat la stok yg lain aku ada ag..abis checking je aku amik num bilik aku, dpt num bilik aku g trus kat dorm yg dorang sediakan. Kt dorm plak xde sorang pon kwn2 yg aku kenal dri dlm bas, nmpknya kena cri kwn bru lagi la, hari pertama kt kem je mmg terasa letih giler bdn aku. Aku igt hari ni bleh la rilek, tak sngke mlm kena dgr ceramah plak !! dan hari tu jugak la dorang amik nset ktorang sume..lagi la aku ase bosan beb !!

Hari Kedua
Pagi ni sume kena bgon awal beb, ape lagi kena smyang subuh la.abis semayang wat senam robik plak. pastu baru la g breakfast. x sgke dh dua hari aku kt kem yg membosankan ni, tp syukurAlhamdulillah dh rmi kwn2 yg aku kenal dari dorm aku n dorm2 yg lain. hari kedua ni pon byk ceramah n kuliah yg dorang jalankan kami dh mcm askar la kt dlm ni..dorang ajar kami idop mcm askar gak la, kem aku ni cantik gak bila ptg2. Angin sepoi2 bahasa je, pemandangan pon cantik gak. Bila malam menjelma tenang je palotak aku, xde gangguan bunyi bising la, yg aku dgr pon bunyi cengkerik and binatang2 unggas yang lain. Sebenar nye aku cite pengalaman aku kt PLKN ni bukan semata-mata kerana PLKN tp ade sebab lain dari tu !! so jom la kita tgk pada hari yg ketiga plak yer !!

Hari Ketiga
Tiap2 pagi mcm biasa la,kena bgon awal n wat rutin harian kami g smayang subuh n senam robik n TTS ( Tempur Tanpa Senjata) dh mcm komando dh aku hahaha =P . Lepas aktiviti pagi dh tamat, kami semua pun blik la ke dorm masing2 n bersiap dgn pakaian yg telah dorang sediakan, pastu aku dgn membe aku sorang ni pun pergi la cafe beli burger, masa nk beli burger tu la cerita sebenar aku bermula. Aku berjumpa dgn seorang perempuan yg x pernah perasaan aku begitu asyik smpi aku nk dekat dgn dia, Akhirnya aku beranikan diri aku utk berjumpa dgn gadis tersebut, Nama dia Nor Suriani, pada hari ketiga ni jugak la aku dpt num fon dia. lepas dri tu setiap hari aku xnk terlepas pndg wajah Nor Suriani. bagi aku dia lah org pertama yg membuatkan hati aku berdebar-debar dan perasaan aku bergelora mcm pantai yg dilanda Tsunami la ktekan hahah =P .


Bermulanya Kisah Aku Dan Nor Suriani 
Selama Tiga bulan aku di kem PLKN KLCC ni, aku asyik angau je ngan minah ni. Sbb dia lah insan pertama yang membuka hati aku. Wlupun aku dgn dia cuma berkawan selama 3 bulan di kem, aku merasa bahagia sgt dpt berkenalan dgn dia.Setiap hari aku bersemangat dgn melakukan ape jua aktiviti yg dijalankan di kem plkn ni heheh mesti la org kata klu dh ada yg kita syg mesti nk tunjukkan yg terbaik utk diakan hahahah =)... .bagi aku, pengalaman paling best adalah di kem plkn ni.Mcm2 yang aku dapat belajar. Belajar dari kesusahan, pada masa tu kem aku penah mengalami banjir yg teruk jugak boleh dikatakan seminggu kami merempat di resort yg lain kerana kem dh tenggelam hahaha =) . Tiang gol pun dh x nampak ag beb, paling syok nye kt kem tu dh la dikelilingi tasik, mmg penuh la lintah naik, beribu-ribu lintah smpi yg geli la aku nk menyeberang banjir tu. Tp apakan daya terpaksa gak redah..hehe, aku pon mls nk cite panjang sebenar nye. Kisah aku dgn sue kt kem PLKN mmg byk kenangan manis. Boleh dikatankan setiap hari jumpe, abis je latihan aku di kem PLKN Cheneh ni hati aku dh mula rasa gelisah, resah, rindu, angau yg terlebih had lah hehe =).. Mlm terakhir aku di kem, aku kol n mcg sue. borak2 panjang ngan dia sbb mse tu msg2 kt dorm msg2..mmg x lena la aku nk tdo mlm tu,sbb esk sume dh nk meninggalkan kem plkn, n mlm tu jgk la aku menulis diari yg tak terhingga, n story yg mengarut-ngarut la hehe..Keesokan pagi nye, lagi la aku lesu dn lemah. Tp aku kena terima hakikat yg aku akan meninggalkan kem PLKN Cheneh Cemerlang ni dn berhjauhan dgn Sue, Sue tinggal kt Batu Burok Kuala Terengganu and aku plak kt Kajang,selangor. Dn usia kami pun muda lagi waktu tu, msg2 mentah ag. pagi tu aku jumpe Sue sebelum nk naik bas, aku ckp ngan dia yg aku berharap hubungan kita ni akan kekal smpi bila2. Dia pun kata insyaAllah, dia pun katakan hasrat yg sma jugak pd waktu tu, Mse nk blik sume bergambar beramai-ramai. Korang leyh tgk la pic kami beramai-ramai tu kt bawah : 
                                          ni lah pic aku mse hari terakhir di kem PLKN KLCC 
klu korang zoom pic tu nk tgk aku mmg payah sikit la, sbb aku terselit kt belakang belah kiri pakai sweater hitam hehe =).


Dulu mse nk pergi PLKN tak suka, skng ni bila nk blik rumah sendiri plak dh tak suka, sbb kami semua selama 3 bulan dh mcm saudara rapat. Mcm tu la lumrah hidup kan, Mse mlm perpisahan kami ada bawakan lagu dri sume dorm2 wira khas utk tenaga pengajar kami, dan aku juga ada reka lagu khas utk diorang dn aku juga ada perform atas stage main gitar utk lagu yg aku reka tu, hermm sume tu kenangan byk yg aku x dpt nk ceritakan kt dlm blog ni. Ramai yg menangis teresak-esak, ada gak yg gangster tp menangis hahah luar gangster dlm ada gak kuntum hahaha, aku plak menangis dlm hati je hehe =). Mse dlm perjalanan, pemikiran aku masih lagi terngiang-ngiang lagi dgn ape yg telah hadapi selama 3 bulan di kem,mmg ssh la nk terima kenyataan yg aku dh pun tamat latihan dn kembali ke tempat asal aku hahah dh mcm bru lepas keluar penjara plak kan huhu =)...Tp yg sebenarnye hati aku sayu kerana berjauhan dgn suriani, sbb aku sygkan dia. Tp this story still belum ending lagi, byk lagi kisah aku dgn sue ni..story ni ending pada taon 2010 selepas aku jumpe Siti Rozana Bt Omar , n selepas aku dpt tau yg sue dh kawin. n 2011 dia dh pon melahirkan cahaya mata. InsyaAllah aku akan smbg kemudian jika di izinkan Allah.

Tenaga Pengajar Kem PLKN KLCC 




Tuesday, January 25, 2011

2001 - 2005 ( Kajang HighSchool )

Selepas tamat alam persekolahan sekolah rendah di Sekolah Rendah Kebanggsaan Jalan Semenyih ( 2 ), aku melanjutkan pengajian ke peringkat menengah pula di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kajang atau lebih dikenali sebagai Kajang High School yang kini tersergam indah di pekan Kajang. Kajang High School adalah detik permulaan aku untuk memulakan perjalanan hidup yang akan membentuk aku menjadi seseorang yang berjaya, pada mulanya aku fikir bila melangkah masuk ke highschool ini aku akan di ' Pau '. Kononnya ramai yang mengatakan yang Kajang HighSchool ini kebanyakannya semua murid-murid boleh di katakan 'gangster', lagi-lagi budak 'Junior' macam kami. Tapi setelah memasuki kajang highschool tiada pun yang bersedemikian rupa, mungkin cuma anggapan kami sahaja. Walaubagaimanapun tidak semua pelajar di Kajang Highschool semuanya bersifat demikian, ada juga yang berdedikasi,pintar,rajin,bersukan dan mempunyai attitude yang bagus. Ada juga yang kaki ponteng sekolah,kaki gaduh,melepak dekat 'achik' hisap rokok,ganja dan paling stupid sekali hisap gam, aku pula tergolong antara yang nakal dan baik hahahaha =) .. .
biasa la, klu dh terikut kwn ni mmg mcm ni. Anak muda boleh dikatakan darah masih panas, semua benda dia nak cuba. Masa aku tingkatan satu, aku dilantik sebagai ketua darjah dalam kelas. Masa tu ramai lagi murid2 yang aku tak berapa kenal, ada juga yang kutuk aku jadi ketua kelas. ha,mungkin dorang belum kenal aku siapa. Ada lah seorang budak ni ejek nama ayah aku, waktu tu biasalah darah kita kan panas. x pasal2 budak tu kena pijak ngan aku. then mse tu plak ada seorang cikgu yang nmpk aku pukul budak tu, aku sendri pon x perasan cikgu tu nmpk aku. Smpi kelas aku dh duk rileks kena panggil dgn cikgu tu,budak yg kena pukul dgn aku tu mengadu la plak hahaha..langsung kena lempang kt pipi dpt la kenangan pahit aku mse tingkatan satu kt kajang highschool tu. tingkatan dua kt kjg highschool pon sama je dgn tingkatan satu. tak pernah lengang dgn pergaduhan kt kjg highschool ni.tiap2 hari ade je student yang bergaduh, aku plak tiap2 hari rajin bgun pagi nk pergi sekolah tp bukan smpi sekolah pun, lepak kt port kitorang jap isap rokok dlu, mkn nasi lemak achik then bru blah g pusat snooker yang dlu dikenali sebagai power glight atau pun monteng kt cybercafe ..
hahah mcm tu la kehidupan. naik tingkatan tiga,empat,lima sama je tiap2 hari..tingkatan lima mungkin tahun akhir aku bersekolah di kajang highschool..paling aku tak boleh lupa 5.5.2005 kejadian gaduh dgn india kes ni kt padang kjg highschool, gadoh beramai2,smpi kayu,besi pon naik kepala..polis dtg sekolah amik nama sesiapa yang terlibat. hahaha mcm2 la zaman sekolah dlu sume nk merasa..harap2 anak aku jgn la ikut ayah dia yer hehe (keep secret beb !!) =P

habis je study kt kjg highschool aku x pk pon nk smbg blaja ag sbenar nye. pasni aku akan cita ape jadi pada aku lepas tahun 2005..mungkin berlainan dgn ape yg berlaku pada zaman sekolah. Zaman sekolah dulu semua lelaki..nama pun highschool ,sume nk jd gangster, dh mcm cerita jepun "genji & serizawa tu crow zero " mcm tu la situasi kjg higschool lebih kurang sama je dgn cite tu hahahahah =P
taon 2006 maybe kisah aku ni agak menyayat ati kot !! entah lah jom kita usha cite aku pada taon 2006 !!


ni lambang sekolah aku Kajang HighSchool
klu S.M.T.K plak ada singkatan dia utk pelajar skola ni " Sekolah Menengah Taiko Kajang " hahah Mr Lee kata la !! Skola ni sume Taiko2 sebelum zaman aku n masa zaman aku la x tau la klu sekarang ni skola tu mcm mana hrp2 xde la melahirkan rmi taiko lagi klu x lingkup la hahah =P

ini lah skolah aku pada tahun 2001 - 2005 for batch year 1988 

aku dari kiri no 3 sebelah cikgu hahah skema kan masa ni !! tingkatan 2 klu x slh aku