Tuesday, January 25, 2011

2001 - 2005 ( Kajang HighSchool )

Selepas tamat alam persekolahan sekolah rendah di Sekolah Rendah Kebanggsaan Jalan Semenyih ( 2 ), aku melanjutkan pengajian ke peringkat menengah pula di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kajang atau lebih dikenali sebagai Kajang High School yang kini tersergam indah di pekan Kajang. Kajang High School adalah detik permulaan aku untuk memulakan perjalanan hidup yang akan membentuk aku menjadi seseorang yang berjaya, pada mulanya aku fikir bila melangkah masuk ke highschool ini aku akan di ' Pau '. Kononnya ramai yang mengatakan yang Kajang HighSchool ini kebanyakannya semua murid-murid boleh di katakan 'gangster', lagi-lagi budak 'Junior' macam kami. Tapi setelah memasuki kajang highschool tiada pun yang bersedemikian rupa, mungkin cuma anggapan kami sahaja. Walaubagaimanapun tidak semua pelajar di Kajang Highschool semuanya bersifat demikian, ada juga yang berdedikasi,pintar,rajin,bersukan dan mempunyai attitude yang bagus. Ada juga yang kaki ponteng sekolah,kaki gaduh,melepak dekat 'achik' hisap rokok,ganja dan paling stupid sekali hisap gam, aku pula tergolong antara yang nakal dan baik hahahaha =) .. .
biasa la, klu dh terikut kwn ni mmg mcm ni. Anak muda boleh dikatakan darah masih panas, semua benda dia nak cuba. Masa aku tingkatan satu, aku dilantik sebagai ketua darjah dalam kelas. Masa tu ramai lagi murid2 yang aku tak berapa kenal, ada juga yang kutuk aku jadi ketua kelas. ha,mungkin dorang belum kenal aku siapa. Ada lah seorang budak ni ejek nama ayah aku, waktu tu biasalah darah kita kan panas. x pasal2 budak tu kena pijak ngan aku. then mse tu plak ada seorang cikgu yang nmpk aku pukul budak tu, aku sendri pon x perasan cikgu tu nmpk aku. Smpi kelas aku dh duk rileks kena panggil dgn cikgu tu,budak yg kena pukul dgn aku tu mengadu la plak hahaha..langsung kena lempang kt pipi dpt la kenangan pahit aku mse tingkatan satu kt kajang highschool tu. tingkatan dua kt kjg highschool pon sama je dgn tingkatan satu. tak pernah lengang dgn pergaduhan kt kjg highschool ni.tiap2 hari ade je student yang bergaduh, aku plak tiap2 hari rajin bgun pagi nk pergi sekolah tp bukan smpi sekolah pun, lepak kt port kitorang jap isap rokok dlu, mkn nasi lemak achik then bru blah g pusat snooker yang dlu dikenali sebagai power glight atau pun monteng kt cybercafe ..
hahah mcm tu la kehidupan. naik tingkatan tiga,empat,lima sama je tiap2 hari..tingkatan lima mungkin tahun akhir aku bersekolah di kajang highschool..paling aku tak boleh lupa 5.5.2005 kejadian gaduh dgn india kes ni kt padang kjg highschool, gadoh beramai2,smpi kayu,besi pon naik kepala..polis dtg sekolah amik nama sesiapa yang terlibat. hahaha mcm2 la zaman sekolah dlu sume nk merasa..harap2 anak aku jgn la ikut ayah dia yer hehe (keep secret beb !!) =P

habis je study kt kjg highschool aku x pk pon nk smbg blaja ag sbenar nye. pasni aku akan cita ape jadi pada aku lepas tahun 2005..mungkin berlainan dgn ape yg berlaku pada zaman sekolah. Zaman sekolah dulu semua lelaki..nama pun highschool ,sume nk jd gangster, dh mcm cerita jepun "genji & serizawa tu crow zero " mcm tu la situasi kjg higschool lebih kurang sama je dgn cite tu hahahahah =P
taon 2006 maybe kisah aku ni agak menyayat ati kot !! entah lah jom kita usha cite aku pada taon 2006 !!


ni lambang sekolah aku Kajang HighSchool
klu S.M.T.K plak ada singkatan dia utk pelajar skola ni " Sekolah Menengah Taiko Kajang " hahah Mr Lee kata la !! Skola ni sume Taiko2 sebelum zaman aku n masa zaman aku la x tau la klu sekarang ni skola tu mcm mana hrp2 xde la melahirkan rmi taiko lagi klu x lingkup la hahah =P

ini lah skolah aku pada tahun 2001 - 2005 for batch year 1988 

aku dari kiri no 3 sebelah cikgu hahah skema kan masa ni !! tingkatan 2 klu x slh aku



No comments:

Post a Comment